KEBUDAYAAN

Unsur-unsur kebudayaan yang bersifat universal didapati telah wujud di Daerah Hulu Selangor sejak turun temurun lagi. Antara yang dikenalpasti ialah warisan bengkulu. Kaum Bengkulu kaya dengan pelbagai warisan terutamanya makanan tradisional. Kaum Bengkulu berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia dan merupakan kaum minoriti di Malaysia. Penempatannya di Malaysia tertumpu di kawasan Selangor, Negeri Sembilan. Di Daerah Hulu Selangor, lokasi penempatan kaum bengkulu ini dilihat di sekitar Sungai Choh dan sebahagiannya ada yang menetap di Soharto. Keistimewaan yang terdapat pada kaum ini ialah keunikan kuih tradisional Tart Bengkulu. Hal ini kerana rasanya yang enak dan tahan lama sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat lapisan umur.


Selain itu, Daerah Hulu Selangor juga sangat terkenal dengan tarian kebudayaan sewang yang berasal dari suku kaum orang asli Kampung Serigala. Tarian ini sering dipersembahkan kepada khalayak ketika upacara perasmian dan penutupan program serta menjadi salah satu tarikan pelancong dari luar untuk datang ke Hulu Selangor.



No comments:

Post a Comment